Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Yee Fatt lega Kuala Lumpur keluar zon penyingkiran

yeefatt.jpg
Jurulatih Kuala Lumpur, Chong Yee Fatt, lega tiga mata yang diraih semalam mampu membantu hasrat skuad Warga Kota keluar daripada zon penyingkiran.

Siapa sangka berada di kedudukan dua tercorot, Kuala Lumpur berjaya memecah dominasi PKNS yang memiliki lebih banyak kelebihan di atas kertas.

Kemenangan 2-1 yang diraih ke atas PKNS itu berjaya membantu skuad kendalian Yee Fatt keluar daripada zon penyingkiran.

"Kemenangan ini memberiken kelegaan sedikit buat Kuala Lumpur. Tekanan masih lagi ada tetapi tahap keyakinan kami meningkat untuk menghadapi baki saingan musim ini," katanya.

Usaha The City Boys tidak terhenti di situ apabila ujian seterusnya adalah memastikan keputusan positif melibatkan aksi berdepan PJ City dan PKNP.

Yee Fatt tidak menafikan tiga mata yang diraih daripada kedua-dua pasukan yang bakal mereka temui selepas ini mampu membuatkan Kuala Lumpur berada dalam zon selamat.

"Kami cuba mengambil perlawanan demi perlawanan. Kami akan cuba memberikan tumpuan kepada permainan kami dan membuat persiapan untuk perlawanan seterusnya," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video