Skip to main content

Bola Sepak

Yee Fatt kecewa Perak terlepas raih tiga mata ke atas Kedah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chong-yee-fatt_1.jpg
Ketua jurulatih Perak FC, Chong Yee Fatt, kecewa apabila pasukannya melepaskan
kelebihan satu gol untuk diikat Kedah Darul Aman FC 1-1 dalam perlawanan Liga Super di
Ipoh semalam.


Perak menguasai sebahagian besar perlawanan dan mendahului hasil jaringan Guilherme
De Paula pada minit ke-58.

Bagaimanapun, mereka membenarkan Kedah untuk bangkit mengikat kedudukan
berpunca daripada gol Kpah Sherman pada minit ke-79.

Keputusan itu menyaksikan skuad The Bos Gaurus berkenaan kekal berada dalam kelompok separuh terbawah liga -- menduduki tangga kesembilan dengan hanya sembilan mata daripada sembilan perlawanan.

Perak hanya meraih dua kemenangan sepanjang musim ini dan Yee Fatt menyedari
pasukannya sedang berada dalam bahaya sekiranya keadaan itu berterusan.

"Saya tidak kisah mengenainya sejak perlawanan pertama tetapi dengan melihat pendekatan dan komitmen pemain saya, saya fikir kami akan memperbaikinya," katanya.

Sementara itu, pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak, lega apabila percaturannya
membawa masuk pemain gantian membuahkan hasil, terutama melibatkan Fayadh
Zulkifli, yang banyak mengancam kubu lawan selepas menggantikan Rabih Ataya.

Bagi jurulatih dari Singapura itu, pungutan satu mata berkenaan cukup berharga untuk pasukannya kekal bersaing dan memberikan cabaran dalam kelompok atasan liga. 

"Saya fikir ia bagus untuk Liga Malaysia apabila masih ada pasukan tetap mencuba untuk berada di kelompok atasan.

"Ia bukan sesuatu yang mudah tetapi setiap pasukan sentiasa mencuba yang terbaik walaupun dari bawah. 

"Anda dapat lihat kedudukan liga berubah setiap minggu dan apa yang lebih menakjubkan adalah setiap pasukan mahu mencabar diri untuk berada di kelompok atasan, jadi ia sesuatu yang amat baik buat bola sepak di Malaysia," katanya.

  

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video