Granit Xhaka berikrar untuk bangkit daripada provokasi Sweden dalam sidang media pra-perlawanan sempena pertemuan dengan Switzerland dalam usaha mencapai suku akhir Piala Dunia yang pertama sejak 1954.
Pemain tengah Arsenal itu menjadi tumpuan sebelum perlawanan setelah pertahanan Sweden, Mikael Lustig, menyatakan rakan sepasukannya merancang untuk mengacah kesabaran pemain itu yang dilayangkan kad sebanyak 10 kali dalam Liga Perdana musim lalu.
"Sekiranya anda menonton aksi Liga Perdana, anda boleh melihatnya cenderung untuk mendapatkan kad merah, anda perlu membuatkannya dilayangkan kad merah," kata pertahanan kanan Celtic, Lustig, kepada wartawan.
Diminta untuk bertindak balas terhadap sidang media itu malam tadi menjelang aksi di St Petersburg, Xhaka memberikan responsnya: "Ini bukan pertandingan pertama saya, anda tahu itu.
"Sudah tentu, saya faham, rakan-rakan telah memberitahu saya tentang apa yang dikatakan oleh pemain Sweden.
"Tiada masalah buat saya, ia hanya mengenai provokasi pra-perlawanan, tiada masalah sama sekali.
"Saya fikir saya telah belajar beberapa perkara dalam kerjaya, saya agak yakin bahawa saya tidak akan dibuang padang dalam perlawanan ini.
"Mungkin saya akan kekal sehingga penghujung perlawanan dan ini matlamat saya, tentu saja."
Sweden seolah-olah bergilir-gilir melancarkan perang saraf terhadap Xhaka semasa sesi latihan terbuka semalam, dengan Pontus Jansson dirakam mengejek gaya helang berkepala dua ketika meraikan jaringan.
Xhaka dan Xherdan Shaqiri -- kedua-duanya keturunan Kosovar-Albania -- didenda oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kerana membuat isyarat berkenaan yang merupakan lambang tradisi etnik Albania ketika meraikan gol kemenangan 2-1 yang penuh emosi ke atas Serbia di peringkat kumpulan.
Soalan mengenai tindakan Jansson itu hanya disambut dengan jelingan tajam Xhaka sehingga memaksa pegawai media Switzerland untuk mengalihkan topik perbincangan.
Sejak menentang Serbia, fokus mengenai pelbagai latar belakang imigran dalam skuad Switzerland semakin meningkat -- elemen yang menurut ketua jurulatih, Vladimir Petkovic, akan menjadikan barisan kendaliannya lebih mantap.
"Itu persoalan yang bagus tetapi ia bukan realiti yang merujuk kepada sukan kita, kan?" ujar pemain kelahiran Bosnia itu apabila perkara itu dibangkitkan.
"Kami berjaya menyatukan pelbagai bakat dan ideologi yang berlainan, mereka membantu kami untuk bermain bola sepak yang sangat baik.
"Untuk mempunyai sebuah pasukan seperti ini, keserasian perlu betul. Pasukan ini bersatu-padu, maka itu adalah jaminan untuk berjaya."
Kejayaan pada awal pagi esok perlu dicapai tanpa ketua pasukan berpengaruh, Stephan Lichtsteiner, yang digantung di samping pertahanan, Fabian Schar, setelah mengumpul dua kad kuning di peringkat kumpulan.
Seorang lagi pemain yang pernah menyarung jersi Arsenal, Johan Djourou, menjadi pilihan untuk menggantikan Schar manakala Breel Embolo turut boleh beraksi ekoran terlepas aksi 2-2 dengan Costa Rica kerana menyambut kelahiran anak perempuannya.