Xavi mencabar Barcelona agar menandingi Manchester United yang kini dalam prestasi terbaik sambil membuktikan bahawa mereka juga bersedia untuk kembali menjadi pesaing utama.
Barca dan United -- yang seri 2-2 di Camp Nou dalam perlawanan pertama minggu lalu -- merupakan dua gergasi Eropah tetapi akan membuat perhitungan dalam play-off pusingan kalah mati Liga Europa, awal pagi esok.
United akan menghadapi perlawanan di Old Trafford itu dan dalam masa sama perlu melakukan persiapan bagi misi menjulang trofi sulung mereka dalam tempoh enam tahun menjelang perlawanan akhir Piala Liga Inggeris (EFL) bertemu Newcastle United, manakala kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) juga masih dalam jangkauan.
Sementara itu, Barca pula mendahului puncak LaLiga dengan lapan mata, tetapi pengurus tersebut percaya persembahan anak buahnya di kandang United akan membantu membuktikan kemampuan mereka.
“Pertama sekali, ini adalah perlawanan yang cukup sukar,” katanya.
“Pada masa ini, Manchester United merupakan salah sebuah pasukan terbaik di Eropah, United versi terbaik dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan mereka membuktikannya.
"Ia tugas yang bagus dilakukan oleh Erik Ten Hag. Mereka mempunyai mentaliti, rentak, semangat, mereka menunjukkannya di Camp Nou dan kami perlu menandingi mereka.
"Kami perlu mempunyai personaliti dan keamatan yang tinggi serta mentaliti untuk menewaskan pasukan besar di Eropah. Ia adalah pertembungan yang sempurna.
“United boleh mengatakan bahawa mereka sudah bangkit tetapi ia adalah pentas untuk menunjukkan bahawa Barca juga mampu bersaing.
"Kami akan lihat esok jika kami telah berubah sejak tersingkir daripada Liga Juara-Juara (UCL)). Kami akan lihat sama ada kami mampu dalam Liga Europa; kami gagal dalam UCL.
"Kami bersaing dengan sangat baik di laman sendiri tetapi kami tidak boleh mengatakan bahawa kami sudah kembali, bukan lagi buat masa ini.
"Namun, esok adalah peluang untuk melakukannya."

Tomorrow night. Right here. 9 o'clock sharp. pic.twitter.com/e9zQuy3l8t
— FC Barcelona (@FCBarcelona) February 22, 2023