Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Xavi akui boleh hilang jawatan di Barcelona

xavi.jpg
Xavi sedar dia perlu mengecapi kejayaan di Barcelona demi mengekalkan jawatannya tetapi menegaskan: "Saya tidak akan berselindung."

The Blaugrana melalui minggu yang menyedihkan selepas seri 3-3 dengan Inter dalam Liga Juara-Juara (UCL) sebelum tumbang 1-3 di Real Madrid dalam pertembungan 'El Clasico'.

Barca kini bergantung kepada keputusan pasukan lain untuk mara dalam kempen Eropah selain tidak berada dalam kelompok teratas LaLiga.

Namun, pengurus Barca itu tidak mengubah pandangannya apabila mengulangi pendirian bahawa "matlamat utamanya adalah untuk memenangi gelaran".

Itulah jangkaan kelab dan Xavi tahu akibat kegagalannya -– walaupun dia terhibur dengan jumlah mesej yang diterimanya selepas perlawanan El Clasico.

“Saya rasa kami telah membentuk sebuah pasukan untuk merebut kejuaraan,” katanya menjelang perlawanan menentang Villarreal, awal pagi esok. 

 

"Saya teruja, orang ramai meniupkan semangat saya. Saya menerima begitu banyak mesej, seolah-olah ada ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

"Tempoh peralihan kami ialah dalam separuh musim lalu. Jika kami tidak berjaya, seperti yang dikatakan presiden, pasti akan ada akibatnya, khususnya terhadap saya.

"Saya di sini untuk menyelesaikan masalah dan jika kami tidak menang, maka jurulatih lain akan datang. 

"Saya tidak akan berselindung."

Advertisement

Must Watch Video