Skip to main content

Bola Sepak

Wujudkan semula liga negeri -- Bekas pengurus B-17 negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

raj.jpg
Apa yang tinggal dalam FAM? 

Pengurusan terbaru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) harus membawa identiti badan induk itu ke tahap lebih baik tatkala dua kompenan paling besar, urusan skuad Harimau Malaya dan liga utama sudah ditadbir oleh pihak lain.

Presiden terkini, Datuk Joehari Mohd Ayub, perlu segara membuktikan kredibiliti yang mampu menghadirkan legasi baru pada masa akan datang.

"Ini adalah peluang yang cukup baik untuk FAM dan ahli gabungan bekerjasama untuk menghidupkan kembali liga negeri. 

"Cuma satu atau dua negeri sahaja (FA) yang mempunyai liga masing-masing. 90 peratus daripada FA tidak menganjurkan liga," kata bekas pengurus skuad bawah 17 tahun (B-17) kebangsaan, Christopher Raj, di Nadi Arena.

 

Dengan pemulaan semula liga negeri, sudah tentu ia akan membuka pelbagai peluang pekerjaan atau pengisian berguna buat individu daripada segenap aspek.

"Banyak jurulatih yang tidak bekerja. Sejumlah pengendali yang memiliki lesen kejurulatihan gred B dan C tidak mempunyai kerja. 

"Mereka mengambil kursus tetapi tiada peluang.

"Dengan adanya liga negeri, ia akan memberi peluang buat jurulatih termasuk lambakan pengadil," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video