Pertahanan Pahang, Muslim Ahmad, mengakui wujud persaingan sengit di posisi pertahanan sementara Wan Zaharulnizam Zakaria enggan episod duka 2015 mempengaruhi aksinya dalam final Piala FA menentang Kedah, Sabtu ini.
Muslim gagal mendapat tempat dalam skuad utama sejak menyertai Tok Gajah musim ini.
Dinafikan oleh Afif Amiruddin dan Heo Jae-won, bekas pertahanan negara ini, bagaimanapun, mendapat peluang itu ketika separuh akhir kedua bertemu Negeri Sembilan di Paroi tempoh hari.
Ia dimanfaatkannya menerusi aksi ampuh mengekang asakan lawan, namun pemain kelahiran Kuala Terengganu ini mengakui belum dijamin tempat kesebelasan utama dalam final nanti.
"Bagus untuk saya juga kerana posisi itu ada Afif dan pemain import. Jadi, ada persaingan sengit di samping memberi jurulatih pilihan yang ramai," jelas Muslim.
Sementara itu, Wan Zaharulnizam bertekad menebus kehampaan tewas dalam aksi final dua tahun lalu.
Dia yang mewakili Kelantan ketika itu tewas 3-1 berdepan wakil Singapura, Lions XII.
"Saya akan buat yang terbaik kali ini kerana sebelum ini saya dikecewakan Lions XII," katanya.
Sementara itu, kapten Kedah, Khairul Helmi Johari, mahu barisan Kedah berwaspada dengan kelebihan Pahang yang dilihat memiliki skuad yang seimbang menjelang aksi final Piala FA 2017.
Khairul Helmi mahu Kedah lebih berhati-hati dengan Pahang yang dilabel memiliki muslihat dalam memastikan keberkesanan mereka di Stadium Shah Alam nanti.
Tegasnya, pengalaman Pahang selain kredibiliti pemain yang memiliki potensi di setiap posisi mampu menghadirkan bahaya buat Kedah.
"Daripada bahagian pertahanan dan serangan, mereka ada pasukan yang seimbang. Kesemuanya pemain berpengalaman," ujar Khairul Helmi.
Pemain berusia 29 tahun ini membayangkan aksi di Stadium Shah Alam, Sabtu ini tidak boleh dianggap remeh seandainya mahu kejuaraan Piala FA singgah ke bumi Kedah musim ini.
Justeru, sesi tayangan video membabitkan pasukan Pahang akan menjadi bantuan utama buat skuad kendalian Mohd Nidzam Adzha Yusof itu mendapatkan bayangan menjelang aksi final.
"Kami akan kaji balik bagaimana mereka bermain. Saya harap kami akan beri penekanan lebih terhadap arahan jurulatih nanti," tambahnya.