Jack Wilshere yakin mahu membuktikan kepada Arsenal bahawa keputusan kelab itu untuk melepaskannya kepada West Ham adalah silap.
Pemain berusia 26 tahun itu, yang bersama Arsenal selama 11 tahun sebelum menyertai West Ham secara percuma pada Julai lalu, bakal membuat penampilan pertama dengan kembali beraksi di Stadium Emirates minggu ini.
Wilshere dipinjamkan ke Bolton Wanderers pada musim 2009-10 dan Bournemouth pada 2016-17 tetapi tidak pernah berdepan Arsenal.
"Saya mahu membuktikan kepada Arsenal bahawa mereka telah melakukan keputusan yang salah melepaskan saya.
"Ia akan menjadi sesuatu yang baru buat saya kerana tidak pernah dapat berdepan mereka ketika dipinjamkan ke kelab lain sebelum ini," ujarnya.
West Ham mengalami permulaan yang sukar bagi musim 2018-19, dengan tewas 4-0 kepada Liverpool sebelum tumpas 2-1 di tangan Bournemouth.
Tetapi Wilshere yakin Hammers akan menampilkan aksi yang lebih cemerlang berdepan Arsenal, yang juga masih belum meraih sebarang mata di bawah kendalian pengurus baru, Unai Emery.
"Saya tidak sabar untuk perlawanan ini, ia adalah peluang terbaik saya."