Skip to main content

Bola Sepak

Wilshere kembali hidupkan karier di Denmark

jack-wilshere.jpg
Bekas bintang England, Jack Wilshere, berpeluang untuk memulihkan kariernya apabila menandatangani kontrak dengan AGF dari Denmark.

Pemain berusia 30 tahun tersebut menyertai pasukan yang berpangkalan di Aarhus itu dengan perjanjian jangka pendek tetapi mempunyai pilihan untuk melanjutkannya selama setahun.

Tetapi dia perlu melipat gandakan usahanya untuk mendapatkan minit permainan sejak berpisah dengan Bournemouth musim lalu. 

 


AGF menduduki tangga ketujuh dalam kalangan 12 pasukan Superligaen dan pengarah bola sepak mereka merupakan bekas bek kiri Liverpool, Stig Inge Bjornebye.

Wilshere yang akan menyarung jersi nombor 10 berkata: "Sejak saya mula berlatih dengan Arsenal, saya tidak pernah berselindung bahawa saya sudah bersedia untuk cabaran 2022 dan kelab baru.

"Sekarang kelab yang betul sudah tiba dan ia akan menjadi cabaran baru yang menarik buat saya. 

"Saya perlu bermula dari bawah semula selepas tempoh yang sukar dan peluang itu telah ditawarkan oleh AGF. Jadi saya sangat bersyukur dan saya akan melakukan segala yang saya terdaya untuk memenuhi jangkaan di sini.

"Fizikal saya berada dalam keadaan yang sangat baik dan saya rasa cergas, jadi bagi saya sekarang ialah berusaha menembusi skuad dan lihat sama ada saya berpeluang untuk beraksi dan menyumbangkan beberapa kemenangan."

 

Advertisement

Must Watch Video