Skip to main content

Bola Sepak

West Ham suruh Arsenal tangguh dulu hajat

declan-rice.jpg
West Ham tidak akan melayani sebarang bidaan ke atas Declan Rice hingga musim ini berakhir, demikian agensi berita PA difahamkan.

Khabar angin semalam mengaitkan Arsenal yang mahu membuka rundingan dengan The Hammers mengenai perpindahan bernilai £90 juta (RM505.2j) terhadap pemain tengah England itu.

West Ham difahamkan sudah bersedia melepaskan ketua pasukan mereka itu pada musim panas ini  dengan Chelsea dan Manchester United juga dikatakan berminat.  

Tetapi kelab itu dan Rice sendiri ingin memusatkan perhatian mereka semata-mata untuk menamatkan musim dengan positif, baik di dalam negara mahupun dalam saingan Eropah.




The Hammers selamat daripada penyingkiran selain bakal berdepan AZ Alkmaar dalam perlawanan timbal balik separuh akhir Liga Persidangan Europa di Belanda pada awal pagi Jumaat ini berbekalkan kemenangan 2-1 minggu lalu. 

Rice, 24, sedar detik-detik akhirnya menyarung jersi West Ham ialah peluang menjulang trofi divisyen ketiga Eropah itu di Prague pada 7 Jun depan, sekali gus mengesahkan tempatnya di hati peminat. 

Dia bakal menjadi kapten West Ham ketiga yang menjulang trofi selepas Bobby Moore sementara Billy Bonds melakukan dalam Piala FA 1980.

Advertisement

Must Watch Video