Skip to main content

Bola Sepak

West Ham sah lepaskan tiga pemain

arbeloa-260517.jpg
Alvaro Arbeloa, Jonathan Calleri dan Gokhan Tore akan meninggalkan West Ham selepas gagal menyerlah bersama kelab itu. 

West Ham mengesahkan pemergian trio itu dengan kontrak setahun bekas pemain pertahanan Real Madrid, Arbeloa, akan berakhir pada hujung musim ini selepas hanya tampil tiga perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kelab itu dilaporkan hampir memuktamadkan perjanjian dengan Pablo Zabaleta yang akan meninggalkan Manchester City.

Tempoh penggempur, Calleri, yang dipinjamkan dari Deportivo Maldonado turut berakhir selepas dia hanya mampu meledak satu gol dalam 16 penampilan bersama kelab London itu, apabila hanya beraksi empat kali dalam kesebelasan utama. 

Pemain sayap, Tore, ditandatangani dari Besiktas dengan yuran GBP2.5 juta, namun West Ham tidak akan membuat pilihan untuk mengikatnya secara kekal dengan harga GBP10j akibat kecederaan lutut yang mengakhiri musimnya lebih awal Oktober lalu, di mana dia hanya sempat membuat lima penampilan. 
 

Advertisement

Must Watch Video