Skip to main content

Bola Sepak

Werner tidak perlu terbawa-bawa dengan kekecewaan, kata Tuchel

werner-2.jpg
REAL MADRID 1 CHELSEA 1 

Thomas Tuchel berpesan kepada penyerang Chelsea, Timo Werner, bahawa bukan waktu untuknya meratapi penampilannya di depan gawang.


Werner bergelut untuk menjelmakan sentuhan berbisa yang menyaksikannya menjaringkan 28 gol dalam 34 penampilan Bundesliga bersama RB Leipzig musim lalu.

Pemain antarabangsa Jerman itu menyumbat gol tunggal dalam kemenangan penting 1-0 di West Ham, hujung minggu lalu, untuk jaringan keenamnya dalam 31 penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL). 

Namun, kebuntuannya untuk merobek gawang lawan sekali lagi dipamerkan ketika mereka seri 1-1 dalam pertemuan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) 1-1 di Real Madrid, awal pagi tadi, apabila gagal memanfaatkan peluang jarak dekat ketika berdepan Thibaut Courtois.

Werner menghasilkan percubaan terbanyak Chelsea iaitu empat kali dengan dua daripada menuju ke sasaran sementara satu lagi disekat sebelum dikeluarkan bagi memberi laluan kepada rakan senegara, Kai Havertz, di pertengahan babak kedua.

"Dia terlepas satu peluang terhidang di West Ham, begitu juga di sini," kata Tuchel dalam sidang media yang menyaksikan Karim Benzema memadam gol pembukaan Christian Pulisic pada minit ke-14 dalam tempoh 15 minit. 







"Ia tidak akan membantu, malah menangisi mahupun menyesalinya sepanjang masa juga tidak akan dapat menolongnya. 

"Terdapat berjuta-juta orang yang mempunyai masalah yang lebih sukar daripada situasinya. 

"Inilah perkara baik mengenai sukan. Tiada siapa peduli tentang esok. Hari ini kita sedih, kita boleh marah ketika ini. 

"Ia sesuatu yang normal. Dia marah, dia juga mungkin kecewa. Esok dia akan menikmati cuti, kemudian keesokan harinya dia harus terus memandang ke depan."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video