STOKE CITY 1 ARSENAL 4
Alexis Sanchez dihamburkan pujian oleh Arsene Wenger selepas meneruskan permainan walaupun mengalami masalah kecederaan ketika membantu Arsenal menang 4-1 ke atas Stoke City, semalam.
Pemain kebangsaan Chile itu memberikan petanda mahu dikeluarkan pada separuh masa kedua apabila dia menjaringkan gol untuk menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke-76 sebelum digantikan oleh Aaron Ramsey.
Masa depan Sanchez merupakan perbualan utama di kala The Gunners berusaha memastikan mereka beraksi di pentas Liga Juara-Juara (UCL).
Tetapi Wenger memberikan sokongan kepada pemain berusia 28 tahun itu sejak beberapa minggu ini, dengan sekali lagi menyatakan kesungguhan penyerang tersebut di atas padang.
"Pakar fisioterapi memberitahu kepada saya Alexis Sanchez mahu dikeluarkan, (tapi) saya mengetahui dia adalah seorang pejuang dan berjaya menjaringkan gol selepas itu," kata Wenger.
"Saya berasakan dia telah mempamerkan bukan sekadar bakatnya, malah keinginan dan semangat juang untuk memberikan yang terbaik buat Arsenal."
Tiga lagi jaringan disempurnakan oleh Olivier Giroud (dua gol) dan Mesut Ozil. Peter Crouch muncul sebagai penjaring gol tunggal buat pasukan tuan rumah.