Arsene Wenger berkata gol hasil gerakan solo Alexis Sanchez adalah perkara biasa bagi pemain itu selepas membantu Arsenal mengatasi Southampton 2-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.
Menyedari kemenangan akan meletakkan mereka tiga mata di belakang kelompok empat teratas liga, Sanchez dan Mesut Ozil mempamerkan kombinasi mantap untuk meledak gol pembukaan pada minit ke-60.
Jaringan itu merupakan gol ke-20 buat Sanchez musim ini.
Arsenal akan berdepan Stoke City, Sunderland dan Everton dalam tiga aksi terakhir musim ini dalam misi mencuri slot ke Liga Juara-Juara buat kali ke-20 di bawah kendalian Wenger.
Pengendali itu melontarkan pujian terhadap bintang Chile itu selepas sekali lagi tampil dengan aksi mantap.
"Itulah Alexis," kata Wenger. "Dia merupakan pemain yang tidak pernah putus asa dan amat sukar untuk dijaga. Sebaik bola singgah di kaki ketika dia berada di dalam kotak penalti, dia pemain yang berbahaya.
"Alexis sering meningkatkan permainannya dalam setiap perlawanan. Walaupun bermula perlahan, aksinya kian meningkat."
Kemenangan itu menamatkan badi 14 tahun The Gunners di St. Mary selepas kali terakhir mengutip tiga mata pada musim 2003 dalam saingan liga.
"Saya sangat berpuas hati kerana pemain mempamerkan aksi konsisten dari minit pertama hingga akhir," tambah Wenger.
"Kami beraksi dengan dinamik dan tersusun. Perlawanan agak sukar tetapi kami tahu gol akan hadir dalam babak kedua. Kami menghasilkan lebih banyak ruang dan peluang."
Sementara itu, pengendali Southampton, Claude Puel, mengakui anak buahnya tumpul di hadapan gawang lawan berbanding Arsenal.
"Setiap kali pemain mempamerkan aksi berkualiti, pemain gagal melunaskan peluang yang hadir."