ARSENAL 2 CHELSEA 2
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, mempersoalkan keputusan pengadil untuk menghadiahkan Eden Hazard penalti selepas seri 2-2 dengan Chelsea yang dianggapnya sebagai keputusan melucukan.
Bintang Belgium itu menyamakan kedudukan pada babak kedua dalam pertembungan di Stadium Emirates itu awal pagi tadi selepas Hector Bellerin mengasarinya ketika cuba mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.
Marcos Alonso kemudian menjaringkan gol kedua untuk pelawat sebelum Bellerin menyamakan kedudukan menerusi gerakan menarik pada masa kecederaan selepas The Gunners terlebih dahulu memimpin permainan menerusi Jack Wilshere pada minit ke-63.
Wenger, yang terkejut dengan keputusan West Brom diberikan penalti ketika mereka seri 1-1 di The Hawthorns, Ahad lalu, turut berdepan pertuduhan Persatuan Bola Sepak (FA) England berikutan insiden bertegang urat dengan pengadil keempat.
Pengurus berusia 68 tahun itu yang mengesahkan akan mencabar pertuduhan itu, terus menguji badan induk bola sepak Inggeris itu apabila mendakwa pasukannya telah dilayan dengan tidak adil sejak permulaan musim.
"Ini adalah permainan yang bagus dan secara keseluruhannya saya percaya ia mampu berakhir dengan kedua-dua cara," katanya kepada Sky Sports. "Pada mulanya, kami mendahului dan selepas itu kami mendapat satu keputusan lucu.
"Secara psikologinya, kami seperti terpukul dan boleh tewas, namun kami mempunyai keupayaan untuk bangkit dengan keputusan 2-2. Pada akhirnya, mungkin ia adalah keputusan yang adil.
"Kami sedar layanan yang diterima sejak permulaan musim, kami perlu menghadapinya, kami tidak boleh terpengaruh dengannya.
"Anda bertanya kepada saya jika ia penalti, saya akan mengatakan ia merupakan keputusan yang lucu. Anda boleh memberi 10 penalti seperti itu dalam setiap perlawanan.
"Andalah yang memutuskan apa yang anda mahukan. Bacalah akhbar luar, bandingkan apa yang media Inggeris dan apa yang mereka tulis, anda akan lihat perbezaannya.
"Apabila anda datang ke sini, anda mahu menonton bola sepak. Malangnya, permainan ini sentiasa dimanjakan oleh faktor-faktor yang anda tidak dapat kawal.
"Anda hanya boleh melakukan satu perkara -- teruskan permainan sambil berharap bahawa di satu peringkat nanti, ia akan berlaku sebaliknya," hujahnya.
Semalam, Wenger menyeru pengenalan video bantuan pengadil (VAR) selepas diikat West Brom dalam usaha menyekat bola sepak Inggeris daripada berada dalam "zaman kegelapan".