Pengendali Arsenal, Arsene Wenger, percaya kejayaan pasukannya menjuarai Piala FA adalah alasan terbaik untuknya meraih kontrak baru.
Arsenal meraih kejuaraan Piala FA buat kali ke-13 selepas menewaskan Chelsea 2-1 dalam final di Stadium Wembley, kelmarin.
Masa depan jurulatih dari Perancis itu menjadi tanda tanya sejak beberapa bulan lalu memandangkan kontraknya yang sedia ada bakal tamat pada akhir musim 2016-17.
Namun, Wenger menjelaskan kemenangan ke atas Chelsea adalah contoh terbaik untuk membuktikan kemampuannya membimbing Arsenal.
"Contoh terbaik adalah perlawanan itu," katanya.
"Saya rasa saya telah buktikan kepada anda semua tentang komitmen yang saya berikan.
"Pada saya, kontrak itu tidak memiliki apa-apa yang istimewa tetapi kerana ramai mempersoalkannya, mungkin saya perlu menjelaskannya lebih awal,” ujar Wenger.
Kemenangan dalam final Piala FA kelmarin adalah kali ketujuh buat pengendali berusia 67 tahun itu, mengatasi rekod bekas jurulatih Aston Villa, George Ramsay, sebagai jurulatih paling banyak memenangi kejuaraan tersebut.