Skip to main content

Bola Sepak

Wenger berhak buat keputusannya sendiri -- Gilberto

10517gilbertowenger.jpg
Bekas pemain Arsenal, Gilberto Silva, menegaskan Arsene Wenger berhak untuk membuat keputusan mengenai masa depannya bersama The Gunners.

Masa depan Wenger menjadi perbualan utama di Stadium Emirates musim ini, dengan kontraknya bakal tamat pada penghujung musim ini.

Terdapat laporan yang mencadangkan pengurus itu mahu menandatangani kontrak dua tahun untuk kekal bersama pasukan.

Kemenangan 2-0 ke atas Manchester United, Ahad lalu, melonjakkan harapan untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik sambil Wenger sedang menyasarkan gelaran Piala FA yang ketujuh.

Silva, yang memenangi Piala FA dua kali dan terlibat di dalam skuad yang bergelar ''Invincibles' pada 2003-04, kecewa dengan layanan yang diberikan kepada Wenger, yang berdepan kecaman daripada penyokong The Gunners.

"Saya berharap segala yang terbaik buat Wenger dan kelab.

"Sedih melihat cara layanan yang diberikan kepada Wenger, seperti mahu membuangnya daripada kelab ini, selepas lebih daripada 20 tahun memberikan yang terbaik untuk kelab dan bola sepak Inggeris.

"Saya mahu beliau kekal bersama pasukan."

Arsenal kini menghuni tangga keenam dan ketinggalan enam mata kepada Manchester City yang berada di tangga keempat, dan masih memiliki kelebihan baki satu perlawanan berdepan Southampton, awal pagi esok.

Advertisement

Must Watch Video