Skip to main content

Bola Sepak

Wenger belum mahu angkat bendera putih

17517arsene-wenger.jpg
ARSENAL 2 SUNDERLAND 0

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, masih belum mahu berputus asa dalam usaha menamatkan kedudukan dalam kelompok empat teratas dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas menewaskan Sunderland 2-0, awal pagi tadi.

Arsenal menamatkan musim lalu di tempat kedua di belakang Leicester City, namun kedudukan terkini mereka musim ini masih belum selamat untuk melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim 2017-18.

Bagaimanapun, pengendali dari Perancis itu tidak mahu menyerah kalah menjelang pertemuan terakhir menentang Everton, Ahad ini.

"Kami meraih 71 mata pada musim lalu dan berada di tempat kedua. Kini kami memiliki 72 mata dan akan berusaha untuk mendapatkan 75 mata," jelas Wenger kepada BBC Sport.

"Kami seringkali berada dalam situasi 'final'. Setelah tewas dalam perlawanan menentang Bayern Munich, kami melalui situasi yang sukar tetapi kami mampu melawannya," katanya.

Arsenal jelas begitu sukar untuk menembusi gawang Sunderland yang dikawal Jordan Pickford, namun dua jaringan Alexis Sanchez mencerahkan peluang mereka untuk terus menghidupkan peluang mengisi kedudukan empat teratas.

"Kami memiliki banyak peluang yang terlepas, terutama dalam separuh masa pertama," tambah Wenger.

"Sunderland terus melawan dan itu yang kami mahukan dalam Liga Perdana, sama seperti pasukan lain," tambahnya lagi.

Advertisement

Must Watch Video