Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, berkata dia akan memberikan medal kemenangan Piala FA miliknya biarpun kejayaan aksi pada tengah malam ini akan mengangkatnya sebagai pengurus paling berjaya dalam pertandingan itu.
Skuad Gunners akan berdepan Chelsea di Wembley untuk memburu trofi Piala FA ketiga dalam tempoh empat tahun, secara keseluruhan tujuh gelaran piala peribadinya.
Ketika ini, dia berkongsi pencapaian itu bersama bos Aston Villa, George Ramsay.
Sementara itu, Chelsea menyasarkan gelaran berganda dan piala pertama sejak 2012, namun Wenger tidak akan menyimpan sebarang memorabilia andai Arsenal dapat menyekat hajat seteru London itu.
"Saya tidak mempunyai sebarang medal di rumah," kata bos Arsenal itu kepada pemberita.
"Jika anda datang ke rumah saya, anda akan terkejut. Tiada trofi, medal atau apa pun.
"Saya telah memberikannya kepada orang lain. Akan sentiasa ada orang lain di kelab ini yang tidak dapat medal seperti kakitangan Arsenal, jadi saya telah memberikan kepadanya.
"Medal yang diberikan tidak mencukupi, jadi saya sentiasa memberikannya kepada orang lain.
"Saya tidak gemar memandang ke belakang, saya sentiasa memandang ke depan. Di rumah, anda tidak boleh meneka pun bahawa saya seorang pengurus bola sepak melainkan kalau ada perlawanan yang berlangsung.
"Saya tidak mengasingkan diri daripada bola sepak, saya sentiasa dengan dunia bola sepak. Saya menonton perlawanan pada malam hari, tetapi saya tidak memandang ke belakang mengenai apa yang telah kami menangi, pencapaian dan kekalahan kami."
Dalam aksi tengah malam ini, Wenger terpaksa berdepan dengan pilihan di bahagian pertahanan berikutan Laurent Koscielny akan menjalani penggantungan, Gabriel ditimpa kecederaan dan Shkodran Mustafi pula dalam keraguan -- ini bermakna Per Mertesacker bakal membuat kemunculan semula selepas hampir setahun dipinggir.