Roman Weidenfeller menandatangani kontrak baru bersama Borussia Dortmund yang bakal menyaksikan dia kekal sehingga penghujung musim hadapan.
Penjaga gol berpengalaman itu memiliki kontrak yang bakal tamat pada penghujung musim ini tetapi telah memperbaharui kontrak selama setahun bagi mengakhiri spekulasi mengenai masa depannya.
Pemain berusia 36 tahun itu menyertai Dortmund daripada Kaiserslautern pada 2002 dan merupakan pemain yang paling lama berkhidmat untuk pasukan itu.
Dia kini telah kehilangan tempat sebagai penjaga gol utama kepada Roman Burki tetapi tetap merupakan pemain utama pasukan dalam saingan DFB-Pokal.
"Saya telah membuat keputusan untuk kekal bersama pasukan dan berkhidmat untuk satu musim lagi," kata Weidenfeller.
"Saya mahu terus memberikan sokongan kepada Burki di dalam perkembangannya dan mahu meningkatkan lagi mutu penjaga gol pasukan ini.
"Saya mahu menggunakan masa saya bersama Dortmund dengan sebaik mungkin sehingga penghujung musim 2017-18 ini."
Weidenfeller telah memenangi dua gelaran Bundesliga bersama Dortmund dan Pokal pada musim 2011-12.