Skip to main content

Bola Sepak

Waris bakal terbitkan lagu bola baru Negeri Sembilan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

waris.jpg
Penyanyi rap tanah air, Waris, memaklumkan bahawa dia akan menerbitkan sebuah lagu bola sepak baru buat penyokong Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan bangkit daripada ketinggalan pada saat-saat terakhir untuk menewaskan Selangor 2-1 dalam aksi Liga Super di Paroi hujung minggu lalu.

Waris, antara ribuan yang menyaksikan perlawanan berkenaan, ternyata teruja dengan prestasi pasukan kesayangannya itu musim ini.

Dalam satu kiriman media sosial semalam, pelantun lagu Rembau Most Wanted itu mengumumkan bahawa dia akan mencipta lagu bola sepak baru, khusus buat penyokong skuad Jang berkenaan.

"Awak @warisn9 mengumumkan tahun ini ado lagu bola baru untuk N9 tapi kau orang jangan monokan-nokan den la nak copek yo kojo eh," tulisnya dalam kiriman itu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by W.A.R.I.S (@warisn9)

Football Shoes

Rentak Bola, Langkah Bergaya

Waris dah bawa lagu bola, anda pula boleh bawa aksi mantap dengan kasut bola yang tahan lasak.


Beli Kasut Bola

Advertisement

Must Watch Video