Sudah dua hari berlalu selepas skuad Kim Pan-gon mengejutkan gergasi Asia, Korea Selatan dengan mengikat mereka 3-3 di Stadium Al-Janoub.
Namun terdapat juga berita agak panas di media sosial selepas pemain bola sepak yang mempunyai darah Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal dibidas netizen selepas tindakannya 'repost' ciapan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di aplikasi X.
Kau jangan repost, @LeKuz7. Kau tak ada tempat dalam team Malaysia sampai bila-bila! pic.twitter.com/ZOXHWunaou
— Elmi (@ELMIELMO) January 25, 2024
Ini selepas kebanyakan mereka menganggap bahawa Wan Kuzain tidak layak untuk berbuat demikian kerana tindakan ayahnya, Wan Kamal, yang mengeluarkan kenyataan agak negatif di Facebook sebelum ini.
"Pembetulan hala tuju kuzain untuk terus bermain dengan Professional kelab dia dekat US dan USA dalam World Cup, itu yang pasti.
— Elmi (@ELMIELMO) January 25, 2024
"Dia cuma berminat untuk bermain dengan Malaysia U23 dalam Sea Games lagi pun MLS is off season during the SEA game," katanya pada 2019.
Menambah rasa marah peminat bola sepak tanah air lagi, Wan Kuzain juga pernah keluarkan ciapan yang mempunyai unsur loyar buruk dalam ciapannya pada 2022.
Lol that you think this is true. Imagine flying 20+ hours all the way to Malaysia in my offseason to play in a tournament that no one outside of Southeast Asia knows about just for fitness. ?
— Wan Kuzain (@LeKuz7) June 16, 2022
Ini membuatkan peminat berfikir adakah Wan Kuzain hanya mahu bermain dengan negara selepas kejayaan Harimau Malaya melayakkan diri di Piala Asia.
Menambah kepada isu ini, ahli parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal, yang juga abang kandung kepada Wan Kuzain menyifatkan komen daripada warga-warga X itu biadab dan tekankan bahawa FAM sudah pun berhubung dengan adiknya demi menyarung skuad kebangsaan.
Banyak komen biadab daripada haters yang terpaling bola. @FAM_Malaysia dah pun berhubung dengan @LeKuz7 untuk sarung jersi Harimau Malaya. https://t.co/CyU3Oez9kD
— Wan Ahmad Fayhsal (@wanfayhsal) January 27, 2024
Yang pasti, peminat-peminat juga harus ingat di mana kritikan yang diberi biar berpada-pada kerana kita tidak tahu mungkin kita perlukan pemain seperti Wan Kuzain dalam skuad kebangsaan suatu hari nanti.
Kita juga harus ingat, bahawa segala pemilihan pemain ketika ini adalah tertakluk kepada keputusan Kim Pan-gon dan pastinya dia tahu apa yang terbaik buat pasukannya.
Advertisement