Dia mendoakan Faisal segera kembali pulih untuk meneruskan kembali karier dalam sukan pemain bola sepak memandang dia merupakan aset penting buat Malaysia dalam sukan itu.
Sebelum ini, pemain berusia 26 tahun itu baru selesai menjalani pembedahan kedua dan keadaan dilaporkan stabil selepas anggota badannya termasuk muka melecur tahap empat.
"Setiausaha Politik, saudara Farhan Fauzi telah mewakili saya menziarahi saudara Faisal Halim yang dilaporkan dalam keadaan kritikal akibat disimbah asid.
Mendoakan agar saudara Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan dapat kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak."