Penggempur Real Madrid, Vinicius Junior, menafikan spekulasi yang mengaitkannya dengan perpindahan ke Paris Saint-Germain (PSG) sambil menegaskan mahu kekal di Santiago Bernabeu.
Bulan lalu, Vinicius dikaitkan dengan PSG selepas pengarah sukan kelab Ligue 1 itu, Leonardo, dilaporkan berminat dengan rakan senegaranya itu.
Bagaimanapun, Vinicius tidak bercadang untuk meninggalkan kelab gergasi Sepanyol itu selepas menyertai Los Blancos pada 2018.
"Tiada pilihan lain, saya mahu kekal di Madrid," katanya selepas Real Madrid tewas 4-3 di tangan Real Sociedad dalam suku akhir Copa del Rey awal pagi tadi.
Melepaskan satu gol dalam babak pertama, skuad kendalian Zinedine Zidane itu ketinggalan 3-0 sebelum sejam perlawanan.
Marcelo mengurangkan defisit pada minit ke-59 tetapi Mikel mengekalkan kelebihan tiga gol buat Sociedad, 10 minit kemudian.
Jaringan lewat daripada Rodrygo Goes dan Nacho memberikan Real sedikit harapan tetapi jelas ia tidak cukup untuk pendahulu LaLiga itu di Santiago Bernabeu.
"Saya mahu peminat terus berikan sokongan kerana kami akan terus berjuang sehingga akhir musim, cuba memenangi LaLiga dan Liga Juara-Juara Eropah," tambahnya.
"Kami tidak berada dalam prestasi terbaik dan Sociedad tampil cemerlang. Mereka di tangga ketiga LaLiga. Ia aksi yang sukar.
"Sukar untuk tewas di laman sendiri. Kami tidak tewas di sini tetapi akhirnya kalah dalam aksi yang tidak boleh diterima. Namun, kami akan tetap terus berjuang sehingga akhir musim nanti."
Editor: Nafis Abdullah