Skip to main content

Bola Sepak

Vinicius Junior selesai perpindahan ke Real Madrid

240517-vinicius-junior.jpg

Juara La Liga, Real Madrid, berjaya memeterai perjanjian dengan bintang muda Brazil, Vinicius Junior, dari Flamengo.

Perpindahan itu akan ditandatangani Junior pada Julai 2018, memandangkan Madrid harus menunggu sehingga hari jadinya yang ke-18.

Advertisement

Bagaimanapun, skuad Los Blancos merancang untuk meminjamkan pemain berusia 16 tahun itu kembali ke Flamengo sehingga Julai 2017 melainkan jika ada perjanjian lain.

Junior mula menyinar di peringkat antarabangsa apabila berjaya menjaringkan tujuh gol ketika Brazil memenangi Kejohanan Amerika Selatan B-17 tahun.

Madrid mahu menyelesaikan perpindahan dengan segera setelah terlepas dalam pemburuan Neymar ketika bintang Barcelona itu masih bersama kelab lamanya, Santos.

Topik Berkaitan

Must Watch Video