Skip to main content

Bola Sepak

Vingada sah terajui Harimau Malaya

15517vingada.jpg
Jurulatih kelahiran Portugal, Nelo Vingada, sah menerajui skuad bola sepak negara, sekaligus memikul tanggungjawab besar mengembalikan kegemilangan Harimau Malaya yang semakin suram ketika ini.

Tugasan pertama membawa skuad kebangsaan dalam kelayakan Piala Asia 2018 di Pyongyang pada 8 Jun depan bakal menjadi tumpuan penuh semua pihak memandangkan Vingada hanya memiliki masa kurang sebulan bersama skuad negara ketika ini.

Seterusnya kelibat Vingada bersambung dalam perlawanan kedua skuad negara dalam kelayakan Piala Asia 2019 di Larkin menentang Lubnan lima hari kemudian.

Jelas sekali masa tdak memihak kepada Vingada, namun dalam bola sepak, perkataan magis sering diguna pakai.

Justeru gelaran The Professor yang sinonim dengan Vingada dituntut untuk membantu skuad negara dalam kempen kali ini menerusi kepakaran yang dimilikinya.

Perwatakan Vingada yang serius dan seorang yang dominan diharap mampu menyelamatkan kesuraman bola sepak Malaysia ketika ini.

Vingada akan tiba di Malaysia pada 25 Mei ini untuk memulakan tugasan rasminya sebagai ketua jurulatih Malaysia.

Advertisement

Must Watch Video