Bekas bintang Villarreal, Robert Pires, percaya Liverpool adalah pasukan terhandal di Eropah ketika ini tetapi menegaskan The Yellow Submarine mampu memadam defisit 0-2 pertemuan pertama untuk mara ke final Liga Juara-Juara (UCL).
Selepas kemenangan rutin Liverpool di Anfield Khamis lalu, Villarreal akan cuba menjadi pasukan kedua yang menghapuskan defisit dua gol itu di peringkat separuh akhir UCL -- selepas kemenangan agregat 4-3 The Reds ke atas Barcelona pada 2019.
Villarreal gagal melancarkan sebarang percubaan tepat dalam pertemuan awal tetapi bekas bintang kelab Sepanyol itu, Pires, ingin mengingatkan mengenai satu-satunya kemenangan mereka ke atas Liverpool di tempat sendiri dalam kancah Eropah (kemenangan 1-0 dalam separuh akhir Liga Europa 2015-16).
Walaupun Pires berkata gergasi dari Merseyside itu sedang mengintai empat kejuaraan untuk dinobatkan sebagai kelab terbaik di Eropah, dia fikir rekod pertembungan lalu juga boleh dijadikan azimat untuk perhitungan di Sepanyol, awal pagi esok.
“Sudah tentu Villarreal mampu mengharunginya,” katanya dalam laporan AS.

"Kami tahu betapa rumitnya ia, kami tidak boleh menafikan itu. Kami sedar kemampuan Liverpool dan kualiti mereka, mereka sangat bagus dan sangat ampuh tetapi Villarreal belum mahu mengatakan perjuangan mereka sudah berakhir.
"Bagi saya, Liverpool adalah yang terbaik di Eropah ketika ini dan inilah menjadikan ia satu cabaran yang hebat.
"Atas sebab ini, Villarreal yang merupakan pasukan yang sangat mantap terpaksa berdepan banyak kesukaran dalam pertemuan pertama tetapi mereka perlu bangkit.
"Mengenali Emery dan kualiti pasukan ini, pihak lawan pasti tidak akan berasa selesa.
"Oleh itu, mereka perlukan sedikit tuah, kita tahu bahawa kebangkitan memerlukan nasib. Saya menyeru orang ramai kerana jika pemain berasakan aura peminat, ia boleh menjadi dorongan dan apa sahaja boleh dilakukan.
"Mudah-mudahan Villarreal akan mara ke final di Paris. Inilah hasrat saya, saya sangat menginginkannya."