Ia termaktub bagi memberi manfaat kepada negara. Bukan sekadar bola sepak, malah menarik ramai tenaga mahir berpresfesional, pelabur, saintis mahupun pakar ke Vietnam.
Walaupun kebiasaannya memiliki dua kewarganegaraan adalah tidak dibenarkan, undang-undang negara itu telah memperkenalkan pengecualian.
Mulai 1 Julai 2025, Perhimpuan Kebangsaan Vietnam memperhalus mekanisme bagi membolehkan seseorang yang tidak tinggal di Vietnam tetap boleh menjadi warganegara dengan syarat mempunyai pertalian keluarga di Vietnam seperti pasangan, anak, ibu bapa atau datuk dan nenek.
Ia adalah berita baik buat pemain bola sepak berstatus warisan untuk diserap dalam skuad negara itu.
Ini merupakan perubahan besar memandangkan keperluan naturalisasi Vietnam secara tradisinya sangat ketat, terutamanya bagi pemain warisan seperti Filip Nguyen dan Jason Pendant (Quang Vinh) yang terpaksa tinggal dan bermain di sini terlebih dahulu sebelum mendapat kerakyatan.
Warga asing yang mempunyai pasangan atau hubungan keluarga Vietnam kini boleh memohon kewarganegaraan tanpa perlu memenuhi keperluan bermastautin, bahasa atau kewangan, di bawah pindaan baharu undang-undang Kewarganegaraan Vietnam yang telah diluluskan.
Syarat kelonggaran itu juga terpakai kepada warga asing yang diiktiraf atas sumbangan istimewa atau manfaat terbukti mereka kepada negara.
Walau bagaimanapun, pemohon masih perlu mematuhi undang-undang Vietnam, menghormati budaya dan adat tempatan.
Dalam perkembangan lain, Vietnam akan membenarkan beberapa pemohon mengekalkan dua kewarganegaraan jika mereka mempunyai saudara mara Vietnam dan menerima kelulusan presiden. Mereka yang tinggal di luar negara boleh mengemukakan permohonan melalui kedutaan atau konsulat Vietnam.