Mario Balotelli menegaskan keputusannya untuk kekal bersama Nice merupakan faktor Patrick Vieira selepas menerima tawaran daripada Marseille dan China.
Pemain berusia 28 tahun itu mendedahkan sebab dia di kekal di Allianz Riviera selepas ditemu bual dan menegaskan "dia mampu meninggalkan pasukan dengan senang".
Vieira, yang mengambil alih pasukan pada Jun, mengkritik Balotelli yang gagal menghadirkan diri pada permulaan pra-musim dan berusaha untuk meninggalkan pasukan selepas terdapat laporan dia akan menyertai Marseille.
Tetapi bekas penyerang Inter, Manchester City dan Milan itu menegaskan bekas pengendali New York City itu telah berjaya meyakinkannya, sekaligus menolak tawaran kelab lain.
"Ia telah mengubah 80 peratus daripada keputusan saya," kata Balotelli.
"Saya berbincang dengan presiden kelab dan Vieira. Cara mereka berbincang telah berjaya meyakinkan saya. Saya memberitahu kepada ejen saya bahawa saya tidak lagi mahu berhijrah."
Balotelli turut memberikan bayangan bahawa 2018-19 mungkin musim terakhirnya bersama Nice dan mungkin menyertai kelab China selepas ini.
Bagaimanapun, pemain kebangsaan Itali itu mahu berada dalam skuad kendalian Roberto Mancini untuk saingan Euro 2020 -- bermakna dia akan terus beraksi di Eropah dalam masa terdekat.
"Saya menerima tawaran lumayan di China. Tetapi saya tidak menerimanya, bukan untuk ketika ini.
"Ini merupakan dua tahun yang penting kerana saya mahu beraksi dalam Euro bersama Itali. Berhijrah ke China akan menyukarkan peluang saya."