Nemanja Vidic menggesa pengurus sementara Manchester United, Ralf Rangnick, mengetepikan Harry Maguire buat sementara waktu untuk membenarkan pertahanan tengah itu mendapatkan semua keyakinannya.
Maguire menyertai United dari Leicester City pada 2019 namun dihujani kritikan sepanjang berada di Old Trafford, terutama musim ini di mana United sedang bergelut.
Skuad kendalian Rangnick tewas 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada Everton Sabtu lalu, menerusi percubaan Anthony Gordon yang terkena Maguire menyaksikan United kini ketinggalan enam mata di belakang penghuni tangga keempat, Tottenham.
United kelihatan terlepas slot ke Liga Juara-Juara (UCL) dan 47 peratus kadar kemenangan Rangnick merupakan paling teruk bagi mana-mana pengurus Red Devils dalam sejarah EPL.
Maguire telah menerima banyak kritikan untuk kempen yang tidak memberangsangkan dan bekas bek tengah United, Vidic percaya Rangnick perlu melindungi pertahanannya.
"Setiap pemain memiliki masalah dengan prestasi sepanjang karier mereka," kata Vidic. "Saya juga sama dan jelas sekali Maguire sedang mengharungi saat sukar.
"Saya berasakan terdapat perkara yang dapat membantu dan salah satu daripadanya adalah tidak beraksi dalam setiap perlawanan dan berusaha mendapatkan semula rentak serta keyakinan.
"Jurulatih mungkin boleh mengatur perlawanan yang sesuai buat pemain, mereka perlu yakin dan berasakan bertenaga setiap kali turun beraksi dan buat masa ini, perkara itu tidak hadir dalam permainan Maguire.
"Sukar bermain baik ketika di bawah tekanan kerana semua menantikan kesilapan anda. Ini merupakan jawapan daripada saya sebagai seorang jurulatih."

47% - Manchester United have won just 47% of their Premier League games under Ralf Rangnick (8/17), their lowest win rate under any manager in the competition. Struggles. pic.twitter.com/zIvAXTFvk5
— OptaJoe (@OptaJoe) April 9, 2022