Skip to main content

Bola Sepak

(Video) Terlalu 'ghairah' mahu raikan gol, pemain Indonesia jatuh longkang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rai-indon.jpg
Penyerang skuad B-17 Indonesia, Mierza Firjatullah, mencuri tumpuan apabila dirinya terjatuh dalam longkang ketika meraikan jaringan pembukaan ketika menentang Tajiksitan di Stadium Utama Sumatra Utara, semalam.

Pemain kelahiran Bandung berusia 16 tahun itu antara watak penting di jentera serangan ketika mengikat Tajiskitan 2-2 dalam perlawanan Piala Kemerdekaan 2025 itu.


 


Kejohanan itu merupakan persediaan awal buat skuad kendalian Nova Arianto itu sebelum Piala Dunia B-17. 

Mierza jatuh ke dalam longkang yang mempunyai kedalam tiga meter, namun Nova berkongsikan situasi pemainnya itu dalam keadaan baik.

"Keadaannya baik, tiada ada masalah yang serius." katanya.

Advertisement

Must Watch Video