Skip to main content

Bola Sepak

(Video) Lelongan jersi memorabilia Safee Sali laku keras!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

safee-sali.jpg
Lelongan jersi-jersi bersejarah legenda bola sepak negara, Safee Sali, laku keras dan terjual sehingga ribuan Ringgit.

Minggu lalu, Safee memulakan lelongan barangan memorabilia miliknya sepanjang bergelar pemain, dan sejak semalam, menerusi beberapa kiriman video di rangkaian media sosialnya, Safee mengumumkan pemenang setiap bidaan jersi berkenaan.

Jersi Selangor yang dipakainya ketika menjuarai Piala FA pada 2009 terjual dengan harga RM3,200.

Jersi Johor Darul Ta'zim (JDT) berjenama Kappa pada 2013 dan berjenama Adidas pada 2016 pula, masing-masing terjual dengan harga RM4,000 dan RM8,865.

Sementara itu, jersi skuad kebangsaan terakhir yang disarung Safee pada 2016 pula dijual dengan harga yang tidak didedahkan.







 

Advertisement

Must Watch Video