Skip to main content

Bola Sepak

Vidal teruja untuk bergandingan dengan Messi

vidal.jpg
Arturo Vidal berasa amat bersemangat untuk beraksi di samping Lionel Messi selepas menyertai Barcelona daripada Bayern Munich yang disifatkannya sebagai “perpindahan impian”.

Pemain tengah antarabangsa Chile, Vidal, akan diperkenalkan kepada penyokong hari ini selepas ketibaannya daripada juara Bundesliga itu.

Perjanjian menandatangani Vidal dilaporkan bernilai €20 juta (RM94.2 juta) kepada Barca selepas pemain berusia 31 tahun itu turut dikaitkan dengan pencabar Serie A, Inter.

Bercakap buat kali pertama sebagai pemain Barca, Vidal, yang menggantikan Paulinho selepas pemain Brazil itu memutuskan untuk kembali ke Guangzhou Evergrande, berkata: “Secara jujur, saya sangat gembira. Saya tidak sabar untuk memulakan latihan bersama rakan sepasukan, untuk mengenakan jersi yang amat terkenal ini dan melakukan perkara-perkara penting di sini.

“Ia satu impian. Saya berharap untuk mencapai objektif saya. Saya berada di sini untuk memenangi semua trofi dan saya akan memberikan segala-galanya di atas padang.

"Akan ada banyak persaingan, banyak keghairahan, membantu pasukan pada setiap masa, dan memastikan pasukan ini sentiasa menang.

“Menang segala-galanya. Sepanjang kontrak tiga tahun, saya harap kami mampu memenangi semua yang kami saingi.

“Saya mat teruja untuk bermain dengan Messi, Suarez, Sergio Busquets… mereka semuanya pemain hebat.”
 

Advertisement

Must Watch Video