Arturo Vidal mengucapkan selamat tinggal kepada Bayern Munich sambil mengalu-alukan cabaran baru di Barcelona.
Pemain tengah Chile itu bersetuju untuk bergabung dengan Barca dengan kontrak tiga tahun sebelum menjalani pemeriksaan perubatan untuk melengkapkan perpindahannya yang dipercayai bernilai sekitar €20 juta (RM94.5j).
Pemain berusia 31 tahun itu merupakan rekrut utama keempat Barca musim baru ini susulan ketibaan pemain tengah Brazil, Arthur dari Gremio, pemain sayap Bordeaux, Malcom, serta pertahanan, Clement Lenglet daripada seteru LaLiga, Sevilla.
"Terima kasih kepada FC Bayern dan semua peminat," kata Vidal dalam satu kenyataan ringkas dalam laman sesawang rasmi juara Bundesliga itu.
"Saya sangat menikmati tempoh di Munich, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Bayern kerana memberi saya peluang untuk menempuhi cabaran baru di Barcelona."
Vidal menyertai Bayern dari Juventus pada 2015 selepas tersungkur dalam final Liga Juara-Juara (UCL) kepada Barcelona.
Dia menyumbat 22 gol dan membekalkan 18 bantuan gol sepanjang 124 permainan kompetitif serta memenangi tiga gelaran Bundesliga sepanjang berbakti di Jerman.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Arturo selama tiga tahun yang terbaik bagi pihak FC Bayern," kata Ketua Eksekutif Bayern, Karl-Heinz Rummenigge.
"Kami meraikan kejayaan besar pada masa ini dan Arturo merupakan bahagian penting dalam hal itu.
"Dia sentiasa berada di barisan hadapan dalam perlawanan penting, kami sentiasa dapat bergantung kepadanya."