Aleix Vidal menjelaskan dia sudah bersedia untuk berdepan Barcelona dalam aksi Piala Super Sepanyol selepas meninggalkan gergasi Catalan itu untuk kembali ke Sevilla.
Pemain pertahanan sayap itu menandatangani kontrak selama empat tahun semalam untuk melengkapkan perpindahannya daripada Barcelona, pasukan yang disertainya pada 2015.
Sevilla telah membayar yuran awal EUR8.5 juta (RM40 juta) dan ia mampu mencecah sehingga EUR10.5 juta (RM50 juta) untuk mendapatkan pemain berusia 28 tahun itu yang hanya beraksi dalam kesebelasan utama Barca sebanyak empat kali musim lalu.
Pasukan bimbingan Ernesto Valverde itu bakal berdepan Sevilla pada Ahad depan dalam aksi ulangan final Piala Raja Sepanyol musim lalu dan Vidal menegaskan dirinya sudah bersedia untuk menentang bekas majikannya itu.
"Saya memulakan latihan sejak 9 Julai lalu dan walaupun saya membuat keputusan untuk memaksa fizikal sejak itu, ia tidak memberikan masalah untuk berada di sini. Namun, kini saya berada dalam keadaan terbaik, tidak kira mental atau fizikal, dan benar-benar mahu membuktikannya.
"Saya kini lebih gembira berbanding sewaktu tiba di sini dari Almeria pada 2014. Saya melalui musim yang sukar. Saya berada dalam keadaan terbaik untuk kembali berada di tempat yang sepatutnya."
Ketika memperkenalkan Vidal kepada media, Pengarah Bola Sepak Sevilla, Joaquin Caparros, mengesahkan sedang cuba mendapatkan pemain serangan sebelum tamat jendela perpindahan.
Dia juga menjangkakan Steven N'Zonzi akan melaporkan diri bersama pasukan minggu ini walaupun pemenang Piala Dunia 2018 itu dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal, AS Roma dan Everton.
"Tiada perkhabaran lain, dia akan bersama kami dan akan memulakan latihan bersama rakan sepasukan," ujar Caparros.