Arturo Vidal tidak mengambil masa yang panjang untuk memberikan kritikan terhadap seteru Barcelona, Real Madrid, dengan menyatakan mereka tidak mungkin akan memenangi Liga Juara-Juara (UCL) jika Sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) digunakan.
Pemain kebangsaan Chile itu meninggalkan Bayern Munich untuk menyertai Nou Camp awal bulan ini dan selepas dua aksi awal bersama Blaugrana, dia telah mula memberikan kritikan terhadap Real.
Vidal merupakan sebahagian daripada skuad Bayern yang tewas kepada Real dalam dua edisi kejohanan tersebut.
Kemenangan Bayern seperti diragut dalam kedua-dua perlawanan oleh Real menerusi keputusan-keputusan yang penting, termasuk dengan layangan kad merah Vidal dalam suku akhir kedua pada April 2017.
Pertembungan itu dibawa ke masa tambahan dengan jaringan terikat 3-3 menerusi agregat tetapi Cristiano Ronaldo memastikan kemenangan apabila menyempurnakan hatrik.
Bagaimanpun, jaringan keduanya berada dalam posisi ofsaid, sesuatu yang Vidal percaya jika VAR digunakan, ia akan membantu Bayern mara ke pusingan seterusnya.
"Dengan VAR, Bayern mungkin sudah merangkul dua lagi gelaran UCL dan Real mungkin terlepas dua," katanya.
"Saya mahu memenangi semua gelaran. Kejuaraan kegemaran saya adalah UCL."