Pertahanan Tottenham, Jan Vertonghen, percaya bekas kelabnya, Ajax, memiliki kelebihan ke atas setiap kelab kerana mereka memiliki pemain-pemain muda yang dilatih untuk menjadi berani.
Ajax menghadirkan ribut dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini apabila mengejutkan Real Madrid dan Juventus di tempat lawan dengan persembahan mantap untuk melangkah ke separuh akhir.
Vertonghen, yang memulakan karier di Ajax sebelum menyertai Spurs pada 2012, tidak terkejut dengan kebolehan gergasi Eredivisie itu.
Pemain berusia 32 tahun itu mencadangkan sebahagian daripada perkembangan Akademi Ajax terhadap pemain-pemain adalah menerapkan sikap ingin menang serta keyakinan setiap kali turun beraksi.
"Itulah perkara yang mereka lakukan. Ketika anda berusia enam atau tujuh tahun, anda bermula dengan kelab terbaik liga," kata Vertonghen.
"Ajax bermain di tahap yang luar biasa. Anda tidak dapat menjangkakan kebolehan mereka.
"Mereka selangkah ke hadapan daripada pasukan lain. Saya gembira segalanya berhasil.
"Kelab telah memastikan pemain-pemain bersedia beraksi di tahap tertinggi.
"Ajax sudah bersedia, mereka sangat berani. Mereka mendapatkan sokongan daripada akademi dan kualiti yang dimiliki."
Tottenham akan berdepan Ajax dalam aksi pertama Liga Juara-Juara (UCL) di London awal pagi esok sebelum perlawanan timbal balik minggu depan.