Skip to main content

Bola Sepak

Verratti tidak jadi ke Barca, pecat ejen

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

verratti-cropped_gudwqhlxw82x1myvwzzak4ais.jpg
Pemain tengah Paris Saint-Germain (PSG), Marco Verratti, telah menyingkirkan ejennya, Donato Di Campli, untuk menyertai senarai bintang di bawah ejen super, Mino Raiola.

Pemain antarabangsa Itali itu dipaksa memohon maaf pada awal bulan ini selepas Di Campli menyifatkan dia sebagai "tahanan" di ibu negara Perancis itu di sebalik perbincangan perpindahan berpotensi ke Barcelona.

Verratti berkata dia "sangat kesal" terhadap komen Di Campli yang membuat "kesilapan besar" dan dia kini bertindak di atas kekecewaannya dengan melantik Raiola sebagai ejen baru.

"Saya dengan ini mengumumkan bahawa pada masa ini, satu-satunya orang yang diberi kuasa untuk mewakili saya dalam semua perkara yang berkaitan dengan sukan adalah Mino Raiola," tulis Verratti menerusi Instagram.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Di Campli di atas kerja cemerlang yang telah dilakukannya setakat ini dan saya mengambil kesempatan untuk mengesahkan keyakinan mendalam dan tidak berubah terhadap kebolehannya."

Verratti dikatakan berada dalam senarai utama sasaran perpindahan ke Barca tetapi Pengarah Sukan PSG, Robert Fernandez, menyatakan pada minggu ini bahawa PSG tidak mahu menjualnya.

Dia juga baru-baru ini dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United, pasukan pelanggan Raiola, Paul Pogba, Romelu Lukaku, Henrikh Mkhitaryan dan, Zlatan Ibrahimovic, yang kini berada di luar kontrak di kelab itu.

Advertisement

Must Watch Video