Skip to main content

Bola Sepak

Verratti bidas ejen sendiri, akui gembira di PSG

marco-verratti-080717.jpg
Marco Verratti berasa amat-amat kesal dengan ulasan yang dibuat ejennya yang mendakwa Paris Saint-Germain (PSG) mengongkong pemain itu seperti banduan. 

Sebaliknya, pemain perancang itu mendakwa dia gembira untuk kekal di kelab ibu kota Perancis itu. 

Ejen kepada Verratti, Donato Di Campli, berkata kepada Corrierre dello Sport bahawa pemain itu terperangkap bersama kelab Ligue 1 itu, dengan Barcelona dipercayai memburu pemain Itali itu. 

Menurutnya, "Marco Verratti adalah tahanan kepada emir (orang besar Arab), Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi, memberitahu saya bahawa jika dia menjual Verratti, maka mereka tidak akan memaafkannya di Doha."

Presiden Barca, Josep Maria Bartomeu, mendakwa Verratti berhasrat untuk berpindah ke Camp Nou tetapi PSG enggan menjualnya.

Sebaliknya, pemain berusia 24 tahun itu menafikan dakwaan Bartomeu. 

"Kami berdepan dengan tempoh sulit dalam beberapa hari ini," kata Verratti kepada laman sesawang PSG. 

"Apa yang diperkatakan oleh ejen saya bukannya daripada mulut saya sendiri. Dan untuk itu, saya mahu memohon maaf kepada semua pihak di kelab ini -- kepada presiden, penyokong dan rakan sepasukan. 

"Saya sangat gembira di sini dan kami sudah memulakan latihan pada hari ini. Saya sangat teruja untuk kembali dan berlatih di sini. Saya sedar kelab ini mempercayai saya dan meminta maaf sekali lagi. Saya tidak mengulas banyak kerana begitu menghormati PSG. 

"Saya menjadi pemain seperti hari ini hasil daripada kelab, sebab itulah saya sangat kesal.

"Ia bukan ulasan saya dan dia (ejen) membuat kesilapan yang cukup besar.

"Saya harap ia tidak berulang lagi. Semua orang fokus untuk bekerja dan saya juga mahu membuat yang terbaik seperti yang saya sentiasa lakukan."

 

Advertisement

Must Watch Video