Jurulatih Itali, Giampiero Ventura, mengkritik Manchester United kerana keengganan kelab itu melepaskan Matteo Darmian untuk tugasan antarabangsa.
Darmian membantu United menewaskan Ajax dalam perlawanan akhir Liga Europa pada Khamis lalu dan Ventura mendedahkan United telah menyekat pertahanan itu daripada menyertai skuad negaranya.
Itali akan menghadapi San Marino dan Uruguay dalam perlawanan persahabatan antarabangsa masing-masing pada esok dan 8 Jun, sebelum aksi kelayakan Piala Dunia menentang Liechtenstein pada 11 Jun nanti.
Ventura membuat eksperimen dengan menyenaraikan pemain muda untuk perlawanan itu disebabkan beberapa tonggak, termasuk Mattia De Sciglio, Alessandro Florenzi, Emerson Palmieri dan Davide Zappacosta mengalami kecederaan dan dia membidas United berhubung pelepasan Darmian.
"Saya juga akan menambah Darmian, dia tidak mendapat kebenaran daripada United untuk datang bersama kami sehingga 6 Jun," kata Ventura kepada pemberita, hari ini.
"Keputusan pelik kerana dia tidak bermain sejak perlawanan akhir Liga Europa, dan saya rasa kami juga kehilangannya untuk perlawanan menentang Uruguay. Ia keputusan pelik.
"Begitupun, kami tidak akan menangis, kami kehilangan ramai pemain sejak beberapa bulan lalu tetapi dalam negara kami mempunyai ramai pemain muda, mujur ada kem-kem latihan.
"(Andrea) Conti, (Danilo) D'Ambrosio dan (Leonardo) Spinazzola akan menjadi pemain penting bagi kami dalam perlawanan akan datang."
Dengan pemain pertahanan, Alessio Romagnoli dan Daniele Rugani, mengalami kecederaan, Ventura berharap trio Juventus, Andrea Barzagli, Leonardo Bonucci dan Giorgio Chiellini, tampil cergas selepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid, Ahad ini.
"Nampaknya Barzagli, Bonucci dan Chiellini akan bermain pada Ahad ini dan saya bercakap dengan ketiga-tiga mereka," tambah Ventura.
"Mereka (Juventus) bermain pada 4 Jun dan kemudian kami (Itali) bermain 8 Jun, aksi persahabatan amat penting bagi kami dan saya bertanya kepada mereka mengenai ketersediaan. Respons semuanya sedia tetapi ia bergantung kepada kecergasaan.
"Kami berharap ketiga-tiga mereka akan berada di sana kerana Romagnoli dan Rugani mempunyai masalah fizikal. Saya mahu memuji mereka, mereka mengejutkan saya. Mereka menjadi contoh kepada pemain muda."