Jamie Vardy berkata dia telah membuat "keputusan yang salah" ketika melakukan terjahan yang menyaksikan penyerang Leicester City itu meninggalkan padang ketika berdepan Wolverhampton.
The Foxes meraih kemenangan 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) walaupun tanpa penyerang utama mereka itu kerana dilayangkan kad merah gara-gara melakukan terjahan keras terhadap pertahanan Wolves, Matt Doherty.
Vardy gagal mengawal kemas bola tetapi sentuhannya terlalu keras hingga menyebabkan Doherty tidak dapat meneruskan permainan.
Walaupun meraih sokongan daripada pengurus Leicester, Claude Puel, yang menganggap ia sebagai satu kecelakaan dalam sukan, Vardy menerima bahawa dia tidak seharusnya melakukan terjahan tersebut.
"Kadang-kala dalam tempoh yang terlalu singkat, anda akan membuat pilihan yang salah," kata Vardy.
"Ia telah mengubah corak permainan. Saya akan belajar daripada kesilapan ini."
Vardy, yang menjaringkan 20 gol dalam saingan EPL musim lalu, akan terlepas tiga perlawanan bermula dengan aksi berdepan Southampton, Sabtu ini.