Skip to main content

Bola Sepak

Varane tidak akan berhijrah -- Zidane

varane.jpg
Zinedine Zidane menegaskan sekali lagi bahawa pemain pertahanan, Raphael Varane, akan kekal di Real Madrid musim depan.

Varane telah dikaitkan dengan perpindahan menyertai kelab seperti Manchester United dan Juventus selepas lapan musim bersama gergasi LaLiga itu.

Pemain kebangsaan Perancis itu memiliki kontrak sehingga 2022 dan jurulatih Real, Zidane, berkata rakan senegaranya itu akan kekal di Santiago Bernabeu.

"Perkara yang positif menjelang penghujung musim ini adalah Varane akan kekal bersama pasukan," kata Zidane.

Zidane sudah memiliki perancangan membentuk semula Real selepas mengambil alih pasukan bulan lalu.

Tewas kepada kelab kedua tercorot, Rayo Vallecano, 1-0 awal pagi tadi meneruskan musim hambar Real, yang bakal mengakhiri LaLiga di tangga ketiga.

Zidane berharap pasukannya mampu menamatkan saingan dengan baik walaupun LaLiga hanya berbaki tiga perlawanan.

"Saingan musim ini sudah tiba ke penghujungnya. Benar terdapat kekecewaan yang perlu dihadapi tetapi kami harus memikirkan masa depan," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video