Raphael Varane berpendapat bahawa Real Madrid tidak boleh mengharapkan kemenangan mudah setiap minggu selepas dipaksa bekerja keras sebelum menundukkan Espanyol 1-0.
Tatkala Gareth Bale, Marcelo dan Toni Kroos direhatkan oleh pengendali, Julen Lopetegui, Marco Asensio muncul wira apabila menyumbat gol tunggal perlawanan dalam babak pertama.
Kemenangan itu membolehkan Madrid naik ke tangga teratas LaLiga sekurang-kurangnya untuk sementara memandangkan Barcelona akan turun bertemu Girona awal pagi esok tetapi Varane jelas tidak begitu selesa dengan apa yang dimiliki pasukannya.
"Kami tidak akan menang 5-0 pada setiap minggu," kata Varane.
"Kami perlu bekerja keras, memerlukan setiap tenaga dan akan memberikan segalanya untuk mendapatkan kejuaraan.
"Madrid banyak memegang bola tetapi sukar untuk menumbangkan lawan. Kami mencipta peluang bahaya tetapi tidak sebanyak seperti dalam aksi lain. Namun, keputusan tetap sesuatu yang bagus.
"Espanyol adalah pasukan yang memiliki banyak senjata dan memberi tekanan dengan baik. Kami beraksi sebagai satu pasukan," ujarnya.
Asensio menghabiskan tempoh pinjaman bersama Espanyol pada musim 2015/16 dan dia kembali untuk menghantui bekas majikannya itu menerusi gol pertama LaLiga sejak Februari lalu walaupun rembatannya itu melibatkan ulang tayang Video Bantuan Pengadil (VAR).
Pemain Sepanyol itu mendedahkan bahawa Madrid menjangkakan cabaran getir akan dihadapi selepas menewaskan AS Roma 3-0 bagi saingan Liga Juara-Juara Eropah, Rabu lalu.
"Kami tahu kami bakal berdepan pasukan hebat dan rajin," ujar Asensio.
"Ia menjadi rumit selepas kejayaan Liga Juara-Juara. Tiga mata sangat penting. Dalam babak kedua, kepenatan kami dilihat jelas.
"Dalam separuh masa pertama, kami lebih bagus, memegang bola dengan lebih kemas tetapi selepas rehat, kami kurang sabar dan bermain secara terbuka.
"Kami akan berdepan Sevilla pada Rabu dan keadaan padang di sana sangat kecil. Sevilla adalah pasukan hebat tetapi kami menuju ke sana untuk mencapai kemenangan."