Bintang Liverpool, Virgil van Dijk, menegaskan tidak gentar dengan cabaran untuk menghalang Lionel Messi dan Barcelona dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL).
Awal pagi Khamis ini akan menyaksikan Liverpool berkunjung ke Nou Camp untuk aksi pembukaan separuh akhir berdepan juara LaLiga itu.
Messi membantu Barca menjuarai LaLiga dua tahun berturut-turut -- gelaran ke-10 bersama kelab itu -- dan gergasi Sepanyol itu sedang menyasarkan gelaran 'treble'.
Pemenang Ballon d'Or itu telah menjaringkan 46 gol musim ini, 10 daripadanya hadir daripada saingan UCL tetapi Van Dijk tidak gentar dengan Messi.
"Saya berasakan dia adalah pemain terbaik dunia," kata Van Dijk. "Tetapi anda telah melihat cara kami bermain dan cara kami bertahan.
"Kami tidak bertahan satu lawan satu, kami bertahan bersama-sama dan menyerang bersama-sama. Kami sudah bersedia.
"Kami bukan sahaja berdepan pemain terbaik dunia tetapi seluruh pasukan yang memiliki kualiti tersendiri.
"Sejujurnya, Barcelona akan memberikan tentangan yang hebat tetapi segalanya boleh berlaku. Anda perlu bersedia menghadapi sebarang halangan dan kami akan berusaha untuk ke final," katanya lagi.