Virgil van Dijk menegaskan Liverpool tidak gusar dengan berpotensi menamatkan musim ini tanpa trofi selepas kekalahan buruk kepada Barcelona.
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu menempa kekalahan buruk dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) setelah tumpas 0-3 di Camp Nou, awal pagi tadi.
Liverpool, yang menikmati musim yang hebat, berdepan laluan berliku apabila perlu mengatasi Manchester City dengan baki dua perlawanan lagi bagi menghidupkan peluang memenangi trofi musim ini.
Bagaimanapun, pertahanan tersebut mengatakan kebarangkalian itu belum menjadi pertimbangan di Liverpool yang akan ke Newcastle United , Sabtu ini.
"Kami tidak akan memikirkannya," katanya kepada DAZN selepas tumbang kepada Barca.
"Kami mengharungi musim yang baik dan kami akan cuba untuk memenangi sesuatu dan jika tidak, kami akan terus bekerja keras.
"Kami boleh berbangga dengan diri sendiri. Kami menentang salah sebuah pasukan terbaik di dunia dan jelas sekali dalam liga pula, kami turut berdepan salah sebuah pasukan terbaik di dunia.
"Kami berada dalam perebutan dua piala dan saya fikir banyak pasukan lebih suka untuk berada dalam kedudukan kami," katanya.
Dua jaringan Lionel Messi menyusuli gol Luis Suarez untuk memimpin Barca meraih kemenangan selesa sambil Liverpool mensia-siakan deretan peluang.
Bagaimanapun, Van Dijk tetap yakin mereka masih mampu mencipta kebangkitan luar biasa dalam pertemuan kedua di Anfield, Rabu depan.
"Apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak dan kami perlu percaya, itulah cara kami," katanya.
"Kami tidak akan berputus asa dan hari ini, kami memperlihatkan bahawa kami mampu mencipta banyak peluang ke atas mereka, itulah satu-satunya caranya untuk kami terus mencuba dan menjaringkan gol."