Virgil van Dijk menegaskan tidak kira siapa lawan Liverpool dalam final Liga Juara-Juara (UCL), dia percaya The Reds mampu melakar kemenangan.
Van Dijk membantu skuad kendalian Jurgen Klopp itu mara ke aksi penentuan buat kali kedua berturut-turut selepas mengatasi Barcelona, awal pagi tadi.
Dua jaringan daripada Divock Origi dan Georginio Wijnaldum menyaksikan Liverpool merakamkan kemenangan 4-0, sekali gus 4-3 secara agregat.
Mereka akan berdepan Tottenham atau Ajax di Madrid pada 1 Jun tetapi Van Dijk tidak bimbang dengan lawan Liverpool.
"Kami berasakan seperti mampu mengatasi sesiapa saja setiap kali turun beraksi di atas padang," katanya.
"Kami tidak akan berfikir sebaliknya.
"Ia akan menjadi perlawanan yang sukar buat kedua-dua pasukan dan kami akan ke Madrid dan membuat persiapan."
Ajax mendahului 1-0 ke atas Spurs menuju aksi timbal balik di ArenA Johan Cruijff, awal pagi esok.