Bintang Ajax, Donny van de Beek, mengesahkan Real Madrid berminat untuk menandatanganinya selepas usaha memburu Paul Pogba menemui jalan buntu.
Pemain Belanda itu dikaitkan dengan perpindahan bernilai €60 juta (RM277.5j) ke Santiago Bernabeu sekiranya percubaan Madrid untuk membawa Pogba daripada Manchester United menemui kegagalan.
Pemain berusia 22 tahun itu membuat 57 penampilan bersama Ajax musim lalu dengan menjaringkan 17 gol dan membekalkan 13 bantuan gol ketika skuad bimbingan Erik Ten Hag itu menjuarai Eredivisie dan KNVB Beker selain mencapai peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL).
Minat daripada Madrid menyaksikannya menjadi paparan utama halaman akhbar sukan Sepanyol, Marca dan AS, semalam.
"Sudah tentu saya mendengar perkara seperti ini dari semasa ke semasa. Bukankah ia adalah berita baik untuk didengari?" kata Van de Beek kepada FOX Sports.
"Tetapi sebenarnya keadaan masih sama walaupun media terus melaporkan kisah baru.
"Sudah tentu adanya minat tapi orang ramai bersikap terlalu terburu-buru."
Di sebalik dianggap sebagai pilihan cadangan sekiranya Madrid terlepas khidmat Pogba, dia berkata: "Saya tidak pernah mendengar ia diperkatakan seperti itu tetapi boleh jadi juga.
"Anda tidak sepatutnya mempercayai semua yang anda baca kerana sering kali terbit laporan yang tidak masuk akal, saya tidak perlu menjelaskan apa yang benar dan tidak.
"Saya memberi tumpuan kepada perlawanan menentang Vitesse (tengah malam ini) dan selebihnya terpulang kepada kalian."
Ten Hag mengakui adalah sukar untuk mengekalkan pemain tengah itu sekiranya Madrid meningkatkan usaha mereka.
"Sudah tentu kami tidak mahu kehilangannya, jadi dia perlu melakukan apa sahaja untuk memastikan dia kekal di sini. Tetapi apabila tawaran seperti kelab itu (Madrid) yang datang, ia akan menjadi sangat sukar," katanya.
"Prestasi kami sangat bagus tahun lalu, jadi saya sedar anak buah saya bakal menjadi buruan. Kami adalah sebuah negara bola sepak yang kecil, itulah hakikatnya.
"Sejauh mana pentingnya Donny buat kami? Jelas sekali dia merupakan produk pembangunan dan aset berharga kami."