DEPORTIVO ALAVES 0 BARCELONA 2
Ernesto Valverde berkata dia tidak mempunyai keutamaan tentang di mana atau bila Barcelona akan memastikan kejuaraan LaLiga musim ini.
Kemenangan 2-0 ke atas Deportivo Alaves di Stadium de Mendizorroza, awal pagi tadi, meletakkan Barca hanya kekurangan tiga mata untuk mempertahankan kejuaraan musim ini, namun mereka akan menjulangnya lebih awal andai pesaing terdekat, Atletico Madrid, tewas kepada Valencia, awal pagi esok.
Jika Atletico memperoleh kemenangan, gergasi Catalan itu berpeluang untuk menjulang kejuaraan kelapan daripada 11 musim itu di laman sendiri dengan menewaskan Levante, awal pagi Ahad ini, sebelum berdepan Liverpool dalam separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah.
Valverde merehatkan kapten , Lionel Messi, ketika berdepan Alaves dengan gol separuh masa kedua daripada Carles Alena dan Luis Suarez memberikan skuad bimbingannya itu kemenangan selesa di laman lawan.
Barca akan menjulang kejuaraan di laman sendiri andai Atletico menunda kejuaraan mereka, namun Valverde tidak kisah tentang bila dia akan mengesahkan kejuaraan liga kedua berturut-turutnya itu.
"Sebenarnya, ia hanya memerlukan tiga mata terakhir (secara matematik), namun ia sangat penting.
"Ia masih perlu diberikan fokus kerana kami telah menantikannya sejak sekian lama.
"Atletico adalah pesaing yang sentiasa menunjukkan bagaimana mereka akan melakukannya setiap hari.
"Kita akan lihat. Saya tidak nampak Atletico sedang bersenang-lenang.
"Jika itu diambil kira, kami akan memerlukan tiga mata lagi.
"Kami mahu memenanginya kerana memenangi LaLiga amat sukar dan kita akan lihat bila ia akan terjadi.
"Kami di ambang kejayaan, hanya memerlukan tiga mata daripada empat perlawanan.
"Apa sahaja yang perlu berlaku, ia akan berlaku.
"Jika ditanya pada awal musim ini, semua jurulatih akan menjawab tidak kisah pada bila-bila masa," katanya.
Barca berdepan kesukaran untuk menembusi pertahanan Alaves pada awal permainan, namun gol pembukaan Alena dibantu oleh Sergi Roberto manakala Video Bantuan Pengadil (VAR) membenarkan sepakan penalti yang dimanfaatkan Suarez untuk menjaringkan gol kedua Barca.
"Mereka bertahan dengan baik dan bertahan sebagai satu pasukan.
"Kami memperoleh peluang berganda pada awal permainan, namun kami tidak memanfaatkannya dan ia tentang kesabaran kami.
"Selepas ketinggalan 0-1, mereka sudah mula membuka ruang," tambahnya.
Valverde membawa masuk Messi selepas mendahului 2-0 dan dia menafikan tindakannya itu hanya untuk membantu pemain itu menjaringkan gol bagi meraih satu lagi gelaran individu musim ini.
"Ideanya adalah untuk memasukannya kerana keadaan masih belum pasti selepas terikat tanpa sebarang jaringan pada waktu rehat.
"Tentang anugerah Kasut Emas, kami hanya fokus untuk memenangi perlawanan.
"Ia masanya untuk dia berehat seketika dan dimasukkan dalam babak kedua.
"Ia bagus untuk pemain yang sentiasa terlibat dan aktif.
"Anda boleh merehatkannya buat seketika dan memasukannya dalam perlawanan lain," katanya lagi.