Ketua jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde, masih tidak tahu apa yang akan berlaku kepada Neymar di sebalik desas-desus juara LaLiga itu mahu menandatangani bintang Paris Saint-Germain (PSG) berkenaan.
Neymar, 27, dijangka akan meninggalkan PSG menjelang musim baru ini, dengan kepulangan ke Barca dan perpindahan mengejutkan ke Real Madrid berkemungkinan terjadi.
Bercakap menjelang perlawanan persahabatan menentang Napoli di Michigan awal pagi esok, Valverde berkata dia masih tidak tahu apa-apa berkenaan bintang Brazil itu.
"Kita akan lihat apa yang akan berlaku. Respons paling klasik adalah dia akan menyertai satu lagi pasukan dan itulah ia," katanya dalam sidang media.
"Apa yang saya tahu adalah saya seorang pengurus dan saya hanya mahu memikirkan tentang pemain yang saya ada.
"Merekalah yang akan saya gunakan esok.
"Setakat ini, saya tidak tahu apa yang akan berlaku," katanya.
Barca dilaporkan akan melibatkan sekurang-kurangnya seorang pemain sebagai syarat mendapatkan Neymar dengan Ivan Rakitic antara nama di dalam senarai itu.
Valverde berkata dia tidak dapat memberi jaminan tentang masa depan pemain tengah Croatia itu, namun percaya dia boleh mengharapkan Rakitic dalam musim baru ini.
"Dia amat penting buat kami.
"Dia telah membuktikannya.
"Buat masa ini, saya tidak tahu sama ada dia akan kekal atau tidak.
"Saya bergantung kepadanya selagi saya memilikinya.
"Pada dasarnya, tiada apa yang membuatkan saya terfikir yang saya tidak boleh bergantung kepadanya," tambahnya.