Skip to main content

Bola Sepak

Valverde puji Dembele selepas kejayaan Supercopa Barca

ousmanedembele-cropped_adu0ne8kw7pa1t8bu6wxybfpq.jpg
SEVILLA 1 BARCELONA 2

Ernesto Valverde terkesan dengan prestasi Ousmane Dembele ketika menentang Sevilla selepas jaringannya yang menakjubkan membantu Barcelona memenangi Supercopa de Espana, awal pagi tadi.


Penjaring gol kemenangan, Dembele, memastikan kemenangan 2-1 untuk Barcelona ketika perlawanan berbaki 12 minit di Tangier.

Penampilan pertama pemain Perancis itu di Camp Nou sebelumnya diancam oleh kecederaan tetapi bekas bintang Borussia Dortmund berkenaan mengetepikan masalahnya dengan menyudahkan rembatan menerusi kaki kanan. 

"Saya tidak tahu sama ada dia memerlukan perlawanan seperti hari ini, ia adalah soalan untuknya," kata jurulatih, Valverde, ketika ditanya sama ia akan meningkatkan keyakinan Dembele.

"Dia bersama kami dan kami mempunyai harapan yang tinggi untuknya. Dia mempunyai kualiti hebat dan kini bersama kami.

"Dia mengambil bahagian dan dia menjaringkan gol, di mana saya fikir ia adalah sesuatu yang gembira. Apabila perlawanan berlangsung, dia menjadi lebih baik."

Sevilla mendahului perlawanan hasil jaringan Pablo Sarabia pada minit kesembilan tetapi Barca menyamakan kedudukan tiga minit sebelum separuh masa pertama tamat menerusi Gerard Pique.

Dembele kemudian meletakkan Barca di depan sebelum Marc-Andre ter Stegen menyelamatkan sepakan penalti Wissam Ben Yedder pada hujung perlawanan.

Valverde menambah: "Kami gembira kerana kami bersaing untuk mendapatkan gelaran menentang lawan yang hebat.

"Kami tahu situasi perlawanan ini berbeza-beza. Ia adalah perlawanan yang sangat sukar kerana kami ketinggalan pada awalnya dan kami terpaksa bangkit semula.

"Ramai pemain hadir ke perlawanan ini selepas berehat, baru sahaja kembali minggu ini, dan ia jelas.

"Kami semakin baik ketika perlawanan berlangsung, aksi yang menarik, di mana mereka juga mempunyai peluang.

"Ia bagus untuk menang kerana ia meningkatkan kamu dalam apa yang kamu lakukan dan membolehkan kamu memulakan musim dengan cara yang positif," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video